Kepakaran kami adalah membantu wanita yang mengalami masalah di bahagian intim seperti keputihan, kegatalan, berbau, kurang nafsu, ketumbuhan dan juga masalah berat badan serta kecantikan dengan menggunakan rangkaian produk jamu susuk dara.
6 MASALAH DALAMAN WANITA

1. Kerap membuang air kecil
Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun. Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.



Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? 
Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid). Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel(kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.


Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.


2. Angin
Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya. Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.
Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang. Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.


3. Sindrom Usus Rengsa (IBS)

‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.
Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.
Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus. Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.


4. Perpeluhan Melampau
Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.
“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.
Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.


5. Alat Sulit Berbau
Masalah ini sy kira pastinya masalah yg paling memalukan bg setiap wanita yg telah berkahwin dan ia boleh membawa keretakan dalam rumahtangga jika tidak diatasi secepat mungkin. 
Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.
‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.


6. Lemah Syahwat
Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.
‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.
Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).

Bagi mereka yang sudah mengenali JAMU SUSUK DARA. Semua masalah ini sudah pasti dapat diselesaikan dengan produk-produk yang sememangnya terbukti berkesan. Antara produk yang seringkali diambil bagi mengatasi masalah tersebut adalah:-


JAMU PENGANTIN DARA RM65COKLAT HABIBI RM48FEMININE WASH RM48MASKER VAGINA RM25




utk maklumat lanjut
boleh sms/wassap
012-2219497 fida
fb: https://www.facebook.com/jsdintan
COD:SEKITAR PUTRAJAYA

MASALAH FARAJ LONGGAR, BERBAU DAN BECAK?

MASALAH FARAJ LONGGAR, BERBAU DAN BECAK?

Terdapat faktor-faktor yang berlainan yang boleh membawa kepada kemerosotan dinding faraj dan anda tidak boleh memberitahu tepat jika faraj anda telah longgar berdasarkan ukuran tepat tetapi terdapat beberapa petunjuk dan mereka termasuk yang berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...